Monday, October 26, 2009

PROGRAM CUTI SEKOLAH 2009

PROGRAM BEST SEMPENA CUTI SEKOLAH 2009

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN (1)


KEMBARA SEHARI DI TAMAN NEGARA
KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN (2)

Sunday, October 11, 2009

Program ini kami anjurkan untuk mengisi masa lapang anak-anak ketika cuti sekolah. Dalam keadaan dunia sekarang ini, adalah terlalu banyak unsur-unsur negatif yang boleh memberikan impak kepada anak-anak. Modul khas ini diharapkan dapat mengisi masa anak anak di dalam kelompok yang terkawal disamping memberikan dan menyediakan mereka dengan kekuatan untuk menempuhi alam dewasa kelak.

MATLAMAT & OBJEKTIF

* Mengisi masa cuti sekolah dengan mempelajari ilmu agama dan bersosial sesama kawan-kawan seprogram di dalam satu kelompok terkawal yang berunsurkan islam.
* Mentarbiahkan anak-anak dengan pendidikan yang berkonsepkan pelajaran agama bagi menyediakan mereka untuk memasuki pintu kedewasaan
* Memberi pendedahan tentang kepentingan akidah Islam Ahli Sunnah Wal Jama'ah sebenar disamping hukum asas fekah
* Menunjuk ajar kaedah / teknik menghafal surah-surah terpilih yang sering dibaca pada setiap waktu sembahyang.

KELOMPOK SASARAN

* Untuk pelajar berumur 11 hingga 18 tahun

TENAGA PENGAJAR

* Tenaga-tenaga pengajar adalah mereka yang mempunyai kelulusan dari graduan Universiti dan kolej yang diakui dan juga guru Fardhu Ain yang cukup berpengalaman
* Penceramah jemputan khas dari jabatan-jabatan berkenaan seperti Jabatan Agama, Polis dan selainya.
* Pakar Motivasi

YURAN PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN

Sila rujuk pada pakej yang disediakan:

* Kos merangkumi penginapan, makanan dan minuman, modul pembelajaran, fail, sijil penyertaan.

Potongan harga akan diberikan pada penyertaan adik beradik melebihi 2 orang.

MODUL KURSUS

* Modul 1
* Kaedah menghafaz
* Asas Ilmu Tajwid
* Menghafaz surah pendek (Surah An-Nas - Ad Dhuhah)
* Modul 2
* Asas Ilmu Tajwid 2
* Menghafaz surah pilihan (Surah Yasin, Sajadah, Al-Waqiah, Ar-Rahman)
* Modul 3
* Asas Ilmu Tajwid 3
* Menghafaz juzu' pilihan (Surah Al-Baqarah)

SUBJEK FARDHU AIN

* Rukun Islam & Rukun Iman
* Tauhid Akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah sebenar
* Sifat 20 & 99 Nama Allah
* Hukum-Hukum Ibadah
* Bersuci & Wudhuk
* Mandi Wajib & Sunat
* Jenis-Jenis Najis
* Ibadat Sembahyang
* Rukun / Syarat / Sunat
* Wirid & Tahlil
* Sembahyang Jemaah
* Sembahyang Jumaat
* Sembahyang Qasar
* Doa-doa Pilihan
* Adab-Adab Dalam Islam
* Adab Makan & Minum
* Adab Dalam Majlis
* Adab Menziarah Pesakit
* Adab & Hak Terhadap Ibu Bapa
* Adab Sesama Jiran
* Adab Sesama Sahabat
* Bulan-Bulan Dalam Islam

TARIKH PROGRAM

* Tarikh keseluruhan program berjalan dari 29hb. November 2009 sehingga 25hb. Disember 2009 (Sila rujuk pakej pilihan masing-masing)
* Masa : Bermula jam 6.00 pagi sehingga 9.00 malam.

PENDAFTARAN PENYERTAAN BERSAMA USTAZ RASYIQ AKAN MENDAPAT PAKEJ SEHARI KEMBARI DI TAMAN NEGARA PAHANG

PENDAFTARAN PENYERTAAN

Pendaftaran penyertaan program ini telah dibuka. Sila hubungi Ustaz di talian: 019-3801979